Putrajaya Holdings selaku Pemaju Hartanah di Putrajaya akan membangunkan 560 unit pangsapuri kos sederhana di Zon 12E & 12F, Presint 11, WP Putrajaya. Lokasi perumahan adalah berdekatan dengan Sekolah Presint 11(2) dan Pusat Kejiranan Presint 11. Program perumahan ini dilengkapi dengan kemudahan awam seperti surau, dewan sederhana, tadika, taska, pusat komersil, rumah sampah dan keperluan ameniti lain. Keluasan setiap unit perumahan adalah di antara 815 kps – 1,006 kps. | ||
SP SETIA & TRADEWINDS
Konsortium SP Setia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melaksanakan projek PR1MA sebagai sebahagian daripada pembangunan semula bandar di Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Cheras. Taman Ikan Emas akan menawarkan pangsapuri seluas 800 kaki persegi dan 900 kaki persegi dengan masing-masing mempunyai 3 bilik tidur dan 3+ 1 bilik tidur yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berkonsepkan kondominium seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan sebagainya. Lokasi projek yang strategik iaitu terletak hanya kira-kira 7 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur serta berdekatan dengan Stesen LRT Cheras menjadikan lokasi ini amat sesuai terutamanya kepada eksekutif muda yang bekerja. |
SIME DARBY
Sebagai sebuah syarikat yang memacu agenda pembangunan lestari, Sime Darby Property akan menerapkan ciri-ciri pembangunan berorientasikan transit yang dapat mengurangkan kadar pengeluaran karbon daripada kenderaan persendirian dan mengalakkan penggunaan pengangkutan awam. Penggunaan kaedah pembinaan moden yang memanfaatkan teknologi Building Information Modeling (BIM) dan Industrialised Building Systems (IBS) ke dalam pembangunan projek-projek Sime Darby Property. |
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bandar Ainsdale
Projek sulung PR1MA oleh Sime Darby Property akan dilaksanakan di Bandar Ainsdale, Seremban yang merupakan sebuah perbandaran mampan seluas 550 ekar yang terletak di Seremban, Negeri SembiIan. Projek ini menempatkan kediaman PR1MA sebanyak 2,200 unit. Kediaman PR1MA ini akan bercirikan strata bertanah. |
--------------------------------------------------------------------------------------------
Putra Height
Sebuah pembangunan berorientasikan transit seluas 7.4 ekar yang akan menempatkan kediaman PR1MA berciri strata sebanyak 260 unit dan ruang perniagaan seluas 37,000 meter persegi. Pembangunan bersepadu ini akan mengintegrasikan Terminal LRT Putra Heights yang merupakan stesen penghubung laluan PUTRA dan STAR. |
--------------------------------------------------------------------------------------------
Elmina East
Sebuah projek pembangunan bercampur seluas 31.2 ekar yang akan menempatkan kediaman PR1MA dan juga menggabungkan ruangan perniagaan dan kemudahan awam. Kawasan ini berada berdekatan dengan Lebuhraya Guthrie Koridor. Usaha sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk menyediakan kemudahan Bas Rapid serta menghubung kepada MRT pada masa hadapan. Jenis kediaman yang dicadangkan ialah strata bertanah sebanyak 236 unit dan juga kediaman kluster sebanyak 184 unit. |
No comments:
Post a Comment