Saturday, September 17, 2011

DIY Spray Bumper Kereta – Do It Yourself


Untuk post yang istimewa ini, saya akan menceritakan secara detail bagaimana anda boleh mengecat atau spray bumper kereta anda sendiri (DIY).

  • Pertama sekali, anda perlu menyediakan semua peralatan untuk mengecat:
  • Hard Putty (simen kereta/filler) @ RM10
  • Spray Brand ‘DOVE’ atau ‘Matahari’ atau ‘DPI’ sahaja @ RM6/botol
  • Scrapper untuk sapu filler @ RM2
  • Kertas Pasir / Sand Paper Grade 400 x 4, 600 x 4, 1200 x 4 = RM6
  • Primer/under coat Spray Brand sama macam Spray biasa @ RM6/botol x 3 = RM18
  • Clear Coat Spray Brand sama @ RM6/botol x 3 = RM18
  • Hardener untuk hard putty @ RM10
  • Masking Tape @ RM3

Pastikan anda mempunyai peralatan seperti spanar atau rachet bersaiz sesuai untuk membuka bumper anda. Kalau kancil selalunya ada 5 skru yang memegang bumper tu. Tanggalkan dulu number plate sebab ada satu skru tersorok kat situ. Untuk kereta lain pun lebih kurang je. Boleh cari mana letak skru die. Ada jugak yang belakang signal depan. Just umpil signal tu guna screw driver. Turunkan sekali bumper belakang anda.

Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat letakkan hard putty pada celah2 atau bukaan yang cacat. Ratakan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 jam.

Sapukan hard putty atau simen filler pada ruang2 yang terbuka atau celah2 dan bentukkan dengan lembut menggunakan scrapper plastik atau besi.

Keringkan sebentar


Selepas kering, gunakan kertas pasir grade 400 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Buat dengan kehadiran air supaya air dapat membuang terus habuk dan tidak bersepah2 serta lebih efektif.

Kemudian gunakan kertas pasir grade 600 untuk keseluruhan bumper. Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul2 licin dan sesuai. Permukaan yang paling rata dan licin adalah yang terbaik dan hasilnya amat dipengaruhi oleh faktor ini.

Setelah anda lenguh tangan dan rasa sengal-sengal melicinkan bumper, barulah anda spray lapisan pertama primer atau undercoat. Tapi ingat! Anda perlu gunakan surat khabar untuk melindungi bahagian yang x perlu di cat dan menjadi alas lantai. Gunakan masking tape untuk melekatkan surat khabar.

selalunya primer cap matahari warna perang. Untuk melindungi permukaan bawah supaya cat tak meresap ke dalam bumper dan lebih melekat pada primer supaya tidak mudah terkopek.

Hadkan jarak spray dari botol ke bumper sepanjang ukuran sebotol tin spray tersebut. Spray dari kiri ke kanan pada tempat yang berbeza dengan cepat. Jangan sampai banyak cat bertompok pada satu tempat. Biar nipis sahaja dulu untuk lapisan pertama. Kemudian buat lapisan kedua selepas cat kering dalam 15-20 minit. Sehingga semua permukaan dilitupi primer. Pastikan anda menggoncang tin spray dengan betul sehingga bebola di dalam spray tin tu bergerak agak bebas menandakan bahan cat sudah sebati dengan gas dalam tin tersebut.



Selepas spray primer, gunakan spray warna bumper anda seperti menggunakan spray primer tapi sebanyak 3 lapisan.

Spray clear coat setelah spray warna bumper anda kering sepenuhnya dalam setengah jam selepas lapisan ketiga spray warna. Jangan buat lapisan tebal untuk clear coat. Cukup dua lapisan yang sangat nipis untuk memelihara warna dan lebih tahan kepada cuaca.

Langkah terakhir adalah anda perlu memasang balik bumper anda dan mengurut jari jemari yang lenguh dengan minyak urut..ahakz ahakz ahakz !!!

Selamat mencuba!!~

1 comment: