Friday, August 26, 2011

Kawasan dan Lokasi Speedtrap di PLUS, NKVE, ELITE, KESAS dan Jalan Persekutuan





Sempena musim perayaan nie pastinya pihak polis akan mengetatkan kawalan dan menempatkan pegawai-pegawai mereka di tempat-tempat panas untuk membuat Speedtrap. Dan Jamal telah mendapat info mengenai kawasan dan lokasi speedtrap ini dari kawan FB Jamal. Melihat lokasi-lokasi panas yang dia berikan ini, hampir betul semuanya kerana sebahagian besar daripada kawasan dan lokasi speedtrap ini memang betul-betul ada dan Jamal pernah melihat pegawai polis dikawasan tersebut.

Dibawah ini Jamal kongsikan kawasan dan lokasi Speedtrap diseluruh negara termasuklah di highway PLUS, NKVE, ELITE, KESAS dan juga di Jalan Persekutuan. Diharapkan kita semua berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju. InsyaAllah. AMIN.


Monday, August 8, 2011

LeLoNG / AuCTioN




Pengalaman menghadiri sesi lelongan hartanah buat PERTAMA kali memang tidak akan aku lupakan...huhu ~ Lelongan berlangsung pada pukul 3 pm, tapi aku saje pegi awal dalam 2.30 pm...alangkah terkejutnya aku bila tgk bilik lelongan dah penuh dengan para ejen dan pembeli...walaupun majoriti cina, tapi kelihatan juga bangsa MELAYU kite tidak ketinggalan ~

Tepat jam 3, MC lelongan pun mula berceloteh tentang prosedur dan ape2 ntah lagi pasal lelong...oleh sbb terlalu ramai yg dtg lmbt nk register, MC tuh pun mulakan lelongan dengan memberi kelonggaran kepada para pembida tidak perlu register...asalkan ada BANK DRAFT 5% di tangan sudah cukup membuktikan komitmen untuk membida ~