Friday, July 22, 2011

PR1MA - PaRT 5 - BoTToM 3 DeVeLoPeR

CYBERVIEW
Projek perumahan ini terletak di atas lot tanah yang dikenali sebagai Blok 16 di bahagian selatan Cyberjaya. Tanah berstatus pegangan bebas (freehold) ini mempunyai keluasan tapak sejumlah 109.31 ekar dan daripada jumlah ini, 14.8 ekar diperuntukkan untuk pembinaan 794 unit kediaman PR1MA. Di samping itu, pembangunan perumahan yang dicadangkan merangkumi jenis kediaman rumah teres (346 unit), pangsapuri (1,360 unit) dan lot kedai (25 lot).

Perumahan K-Workers @ Cyberjaya dibangunkan selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memperbanyakkan lagi penempatan bagi golongan pekerja di Cyberjaya dengan menyediakan unit-unit perumahan pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh golongan sasaran. Susun atur rumah dirancang dengan teliti yang memberikan keselesaan maksimum, keselamatan dan menjana interaksi kejiranan. Panorama yang menghijau melengkapkan lagi kedamaian persekitaran.
  
1
c



MRCB (Malaysian Resources Corporation Berhad)
mrcbProgram PR1MA di Seremban dijangka akan menjadi salah satu projek pembangunan yang unggul. la terletak di lokasi strategik berhampiran Lembah Klang dan akan menjadi perumahan
baru serba moden di Negeri Sembilan. Pembangunan ini akan menyediakan kemudahan kediaman yang sesuai dan selesa bagi golongan rakyat berpendapatan sederhana.
Pembangunan PR1MA Seremban ini akan dijalankan bersama oleh Konsortium Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Syarikat Kumpulan Brunsfield dengan kerjasama Kerajaan Negeri SembiIan. Projek ini dirancang untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dan selesa. Bakal penghuni PR1MA di Seremban akan dapat menikmati kemudahan bandar seperti pusat membeli-belah, institusi pendidikan, medan selera dan taman-taman hijau yang berhampiran. la juga akan dihubungkan melalui jalan raya, lebuhraya dan landasan keretapi.

Bandar Seremban bersebelahan dengan Putrajaya, Cyberjaya, KLiA / Sepang dan Kuala Lumpur dijangka menjadi antara bandar yang akan menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat kerana infrastruktur dan kemudahan awamnya boleh menampung pertumbuhan pesat penduduk di Negeri Sembilan.
1

1



1MDB (Malaysia Development Berhad)
1mdbPembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi kepada Bandar Malaysia membudayakan konsepliveability sebagai ciri utama Greater Kuala Lumpur. 

Satu pembangunan bersepadu yang menekankan konsep keseimbangan antara hidup dan kerjaya, Bandar Malaysia akan menawarkan kawasan hijau yang lapang, ruang terbuka untuk kegunaan komuniti, rangkaian pengangkutan awam yang efisyen serta institusi pendidikan bertaraf antarabangsa.

Selaras dengan konsep pembangunan ini, komponen Projek PR1MA di Bandar Malaysia akan merangkumi pembinaan rumah mampu milik berpangsikan gaya hidup berkualiti.

Projek PR1MA Bandar Malaysia akan membolehkan golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang berpatutan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat terangkum yang dinamik dan prihatin.

perspective
map
 

No comments:

Post a Comment